Ada-ada saja hobi yang dijalani Michael dan Francesca Bannet. Pasangan suami-isteri asal Inggeris ini mempunyai kegemaran mengumpulkan sisa makanan para selebiritis dunia.

Namun, siapa sangka jika hobi yang termasuk dalam hobi aneh ini justeru boleh menghasilkan wang.

Baru-baru ini mereka berjaya melelong sekelumit puding sisa makanan Putera Charles dengan harga 300 poundsterling atau Rm 4 ribu.

Sisa puding pewaris takhta nombor wahid Kerajaan Inggeris ini merupakan salah satu koleksi yang dimiliki Michael dan Francesca. Kedua-duanya bahkan membuka muzium untuk menyimpan pelbagai makanan sisa para selebriti dunia dari berbagai kalangan.

Menurut berita yang dilansir dari Dailymail, mereka mengumpul makanan sisa selebriti dunia, ketika berniat mengumpulkan wang demi membantu kos perubatan kanak-kanak yang diserang kanser pada 2004 silam. (ans)