Wah, bukan gadget saja yang menggunakan aplikasi skrin sentuh atau yang sering disebut touch screen. Restoran ini benar-benar unik dan canggih kerana menggunakan meja skrin sentuh.

Adalah Restoran Inamo, sebuah restoran yang terletak di tengah-tengah bandar Inggeris, London, ini benar-benar unik dan canggih. Meja makannya menggunakan teknologi skrin sentuh yang berguna sebagai kemudahan menempah makanan dan juga media interaktif lain.

Sekilas, meja-meja interaktif di Restoran itu nampak seperti meja touch screen layaknya ipodtouch bersaiz besar.

Namun pada kenyataannya kemudahan meja elektronik tersebut dikendalikan oleh sebuah projektor yang terletak di atasnya yang menyoroti sebuah gambar ke atas meja. Projektor ini mampu merasakan deria gerakan tangan anda.

Di atas meja terdapat sebuah trackpad berbentuk lingkaran dan jika anda menggerakkan tangan pada trackpad itu, meja akan memaparkan gambar dari aneka jenis pilihan menu lengkap dengan penjelasan dan harganya.

Jika sudah menentukan menu makanan mana yang diingini, anda cukup menekan butang 'order' dan makanan akan dihidangkan.

Sementara, anda juga boleh melihat aktiviti para chef dari atas meja anda melalui webcam yang dipasang di dapur. Jika anda lupa dengan laluan kembali ke hotel, anda boleh mengakses peta London menggunakan meja canggih tersebut.

Meski tempahan makanan dapat dilakukan sendiri, tetap saja Inamo menggaji para pelayan untuk membawakan pesanan makanan, untuk melayani bayaran dan untuk menjawab soalan anda jika kesulitan menggunakan kemudahan meja ajaib itu. [Dewalangit.com]