sisa rambut anda!!! lepas anda potong anda buang. Membazir!!!
teruskan membaca ,this incredible thought

JIKA anda mengurangkan rambut, kemana perginya potongan rambut anda? Sebahagian daripada anda pasti menjawab, dibuang ke tempat sampah. Tapi mahasiswa asal Inggeris yang satu ini tahu bagaimana caranya memanfaatkan potongan rambut.



Kerry Howley, seorang mahasiswa seni dari Cambridge, Inggeris mencipta koleksi kalung-kalung unik lagi cantik. Bukan dari berlian atau manik-manik. Kalung yang satu ini dirangkai dari potongan rambut manusia!


Howley mengaku, idea pembuatan perhiasan dari rambut ini muncul dari pandangan yang menganggap rambut sebagai mahkota dan perhiasan berharga. Malangnya, setelah rambut dipotong, sebutan ini lenyap dan potongan rambut pun hanya dianggap sebagai sampah.
 


"Saya ingin menciptakan keseimbangan yang anggun antara kedua-dua pandangan berbeza itu," tutur Howley pada Oddity Central.

Potongan rambut yang menjadi bahan utama pembuatan kalung unik ini didapati dari sahabat ibunya, seorang warga Jepun yang memiliki rambut sepanjang pinggul. Dia hanya menggunting rambutnya sepanjang 30 sentimeter setiap 5 tahun sekali.

Untuk merangkai helai-helai rambut menjadi kalung, Howley menggunakan alat jahit khas dan menyusunnya dengan penuh hati-hati. Setakat ini, Howley baru mampu membuat 5 kalung rambut, kerana ia memerlukan masa lebih dari 60 jam untuk merangkai satu kalung sahaja. [tabloidbintang.co]

cotatua:camner ? ade beran?