Barcelona:Pasangan peminat club Barcelona,Iban Anglada dan Sans Sigrid,menjadi pasangan pertama yang menggelar upacara pernikahan di stardium milik club Barcelona,Camp Nou,Demikian seperti yang dilansir AFP,Isnin(11/7)

 
Anglada dan Sans saling mengucap janji setia di hadapan 260 tetamu pada Sabtu lalu di stadium yang mempunyai kapasiti 98.787 kerusi itu. "Kami ingin sesuatu yang istimewa dan kami pikir ini tempat yang tepat," kata Sans, yang juga seorang ahli ekonomi. Menurut laporan media Sepanyol, jumlah kos perkahwinan mereka sekitar 60 ribu euro (atau sekitar Rm 725 juta).

Menurut pihak kelab, kos mengadakan pernikahan di stadium itu boleh berkisar antara 1.800 euro sampai 2.400 euro, bergantung jumlah tetamu. Harga untuk pesta bermula dari 110 euro per orang dan boleh menampung sehingga 750 tetamu. Untuk tambahan, seperti menghadirkan piala yang dimenangi Barcelona musim lalu, termasuk Liga Juara-Juara, dikenakan bayaran 1,500 euro.

"Impian para penggemar Barcelona akhirnya boleh terwujud untuk merayakan pernikahannya di stadium Barca," kata kelab itu dalam risalah untuk mempromosikan perkhidmatan perkahwinan di Camp Nou.

Pada Oktober 2010, Barcelona mengumumkan rancangan mereka menyediakan tempat upacara perkahwinan di stadium pada tahun ini. Menurut laporan saluran televisyen TVE, perkhidmatan menarik ini sudah diminati para penggemar El Barca dari China dan Jepun. [Liputan6.com]