Berkat kreativitinya, seorang anak kecil 5 tahun berjaya membiayai sendiri rawatan kanser yang dideritanya. Hanya dengan menjual lukisan monster khayalannya sendiri, ia tidak perlu menggantungkan diri pada belas kasihan para penderma.




Bermula pada 13 September 2010, budak laki-laki bernama Aidan Reen ini didiagnosis mengidap acute lymphoblastic leukaemia yakni sejenis kanser ganas yang menyerang sumsum tulang belakang. Meski peluang kesembuhannya 90 peratus, terapinya sangat sulit dan memerlukan biaya yang tidak sedikit.
Diagnosis itu langsung membuat orang tuanya, Katie dan Wiley Reed tergagap-gagap kerana kedua-duanya hanyalah keluarga sederhana yang tinggal di Kansas City. Wiley yang berusia 31 tahun hanya bekerja sebagai juruteknik onderdil pesawat terbang yang penghasilannya .kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.


Beruntung selama ini Aidan punya hobi melukis dan bakat itu diketahui oleh Mandi Ostein, kakak perempuan Aidan. Mandi yang berusia 26 tahun lantas berfikir untuk memanfaatkan hobi Aidan agar tidak terlalu menggantungkan diri pada belas kasihan para penderma.





Akhirnya sejak saat itu, Aidan makin produktif menggambar dan hampir semua gambar yang dia lukis adalah gambar monster. Menurut pengakuannya sendiri, Aidan yang berani itu memang sejak dulu suka benda2 yang seram dan menakutkan.
"Aku suka melukis ksatria, badut-badut seram dan alien. Aku juga suka berpakaian seperti penjahat atau zombie. Jika aku besar nanti aku mau bikin boneka dan topeng-topeng seram," ungkap Aidan seperti dikutip dari Dailymail.
Awalnya Mandi memang hanya ingin mencari tambahan kos perubatan, namun siapa sangka hasil jualan gambar buatan Aidan justru boleh menutup semua kos perubatan. Daripada 3.000 gambar yang dijual, ia berjaya mengumpul US $ 30.000 atau lebih kurang RM 257 juta.
"Saya fikir kami hanya akan menjual kira-kira 60 gambar, kerana 60 adalah angka luckyku. Tapi ternyata peminatnya sangat banyak dan kami berjaya menjual 2.460 gambar," ungkap Mandi yang juga menyebut bahawa tempahan gambar datang dari pelbagai negara terutama Jepun, Itali dan Brazil.











Tidak hanya menghasilkan wang, hobi Aidan menggambar monster juga disebut-sebut sangat membantu proses rawatan. Dengan menyalurkan kreativitinya secara positif, Aidan berjaya mengalihkan perhatiannya pada kanser ganas yang sedang memamah tubuhnya.
Ketika kedua-dua orang tuanya sangat prihatin hingga sering menangisi keadaan Aidan, budak ini malah sibuk menggambar dan kadang-kadang malah hairan kenapa dirinya ditangisi. Berkat keberaniannya tersebut, proses terapi berjalan tanpa halangan dan kini keadaan Aidan sudah jauh lebih baik.