saya petik dari (Dailymail.co.uk)



London - Seorang lelaki mengalami amputasi(pemotongan) kaki akibat kanser tulang. Berkat kaki buatan revolusi ini, kehidupan lelaki ini berubah drastik.
 

David Johnson (19) menjadi lelaki pertama di dunia yang mendapat kaki buatan yang mampu 'berfikir'. Kaki ini membuat Johnson boleh berjalan secara semulajadi mengikut gerak tubuh. Kaki buatan ini direka merasakan bahagian tubuh lain, bukan menerima arahan pengguna.

"Kaki ini memberi lebih banyak kawalan dan memberi saya kemampuan berjalan alami," ujarnya seperti dilaporkan Dailymail.

 

"Kerana kaki buatan ini mengawal otot yang 'hilang,' kaki ini mampu membantu saya naik tangga atau bangun dari kerusi dan berjalan di jalan lurus," katanya.

Peranti bertenaga bateri ini menggunakan teknologi bionik canggih yang mampu menyesuaikan langkah, kelajuan dan jenis medan serta mampu membantu mencegah terjatuh. Kaki buatan ini merupakan mahakarya syarikat Iceland Ossur.

Kaki buatan ini rasmi dilancarkan di Science Museum London dan telah digunakan German Health Service dan swasta lain yang bergerak di bidang kesihatan di Eropah.

"Power Knee memberi harapan baru mereka yang mengalami kehilangan kaki akibat pemotongan," ujar jurucakap syarikat itu.

Peranti ini mendorong pengguna menjadi lebih aktif dan mahu melakukan aktiviti yang mereka hindari, tudung. [Zonamaya]
 !INi sangat HebaT!