Perlumbaan Menyeret Kambing atau Buzkashi adalah sukan yang popular dari Afghanistan. Dimainkan di atas kuda di negara-negara Asia Tengah seperti Afghanistan, Uzbekistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Pakistan utara, India dan Kazakhstan.

Buzkashi setanding dengan permainan Polo, ada dua pasukan dan pemain naik kuda, seperti di Polo, tapi bukannya bola yang digunakan, tapi bangkai kambing tanpa kepala atau betis.

 



Peraturan dari permainan ini adalah untuk merebut bangkai kambing dan kemudian membawanya melalui pemain lain dan terus berlari sampai melewati garis gawang atau ke bulatan sasaran.

Persaingan biasanya sengit, sebahagian pemain lain menggunakan kekuatan untuk menolak kuda dalam rancangan untuk menggagalkan usaha menjaringkan gol. Para penunggang akan membawa cemeti, biasanya mereka gigit, untuk menakutkan kuda lawan dan penunggangnya.

 

Para penunggang biasanya memakai pakaian tebal dan pelindung kepala untuk melindungi diri terhadap pemain lain dari cemeti dan tendangan kasut bot. Permainan boleh berlangsung selama beberapa hari, dan pasukan pemenang menerima hadiah, tidak semestinya wang, sebagai ganjaran untuk menang.


Bangkai Kambing dalam permainan Buzkashi biasanya dipenggal dan mempunyai anggota badan yang terpotong di lutut. Kemudian direndam dalam air sejuk selama 24 jam sebelum digunakan untuk bermain untuk menguatkan bangkai itu. Kadang-kadang pasir dimasukkan ke dalamnya untuk memberikan berat tambahan.





Pemain Buzkashi yang professional dilatih secara intensif selama bertahun-tahun, oleh pelbagai master (disebut chapandaz) yang berumur di atas empat puluh tahun. Permainan ini juga memerlukan kuda khas yang terlatih yang harga jualannya boleh mencapai US $ 10.000-15.000.(cotatua.blogspot.




 

  

  

 
 http://danish56.blogspot.com/2011/03/buzkashi-olah-raga-yang-keras-untuk.html