Seorang wanita California Selatan ditahan pada hari Selasa setelah dia membius suaminya, mengikatnya, dan memotong batang pelirnya. Wanita itu kemudian memasukkan potongan zakar itu ke sebuah tempat pembuangan sampah.

Polis Garden Grove, Leftenan Jeff Nightengale, menyatakan bahawa Catherine Kieu Becker membius suaminya melalui makanan dan menghidangkannya kepada mangsa, tidak lama sebelum memotong batang pelirnya, Isnin malam.

Nightengale menyatakan bahawa selepas makan, lelaki 51 tahun itu merasa sakit, kemudian terbaring dan pengsan . Becker, 48 tahun, segera mengikat tangan dan kaki mangsa ke katil dengan tali, membuka pakaiannya dan memotong penisnya dengan pisau dapur 10 inci, kata Nightengale. "Dia sedar ketika batang pelirnya telah putus," kata Nightengale. Becker kemudian meletakkan potongan pelir ke mesin sampah dan menghancurkannya.

Tidak lama kemudian, kata Nightengale, Becker menelefon 911 dan menunjukkan kepada pegawai yang tiba bahawa mangsa berada di bilik sebelah. Paramedik menemui mangsa terikat di tempat tidur dengan pendarahan yang banyak.

Jaminan bagi Becker ditentukan US $ 1 juta setelah dia dibawa ke Penjara Orange County untuk siasatan kes itu.

Mangsa menjalani pembedahan dan dalam keadaan kritikal University of California di Irvine Medical Center di Orange. Lelaki itu dijangka terus hidup. Sebaliknya pihak juru cakap hospital enggan menjawab soalan.

Semasa ditahan, Becker menolak bercakap dengan petugas. Becker akan berada di mahkamah pada rabu Ini.

Seorang jiran mengatakan kepada The Associated Press bahawa pasangan itu telah berkahwin sejak Disember, tidak mempunyai dan kelihatan sangat bahagia. Becker dan suaminya tinggal di sebuah kondominium tingkat dua di kompleks kelas pekerja. Jiran tetangganya itu tinggal di unit di bawah mereka. Pasangan ini dilaporkan dalam proses perceraian.(cotatua.blogspot