Sama seperti ikan emas bertatu dan kura-kura hidup dimasukkan ke dalam plastik dan digunakan sebagai gantung kunci, katak buatan yang dicelup pewarna telah dijual di China selama beberapa tahun belakangan ini, walaupun banyak aduan dari aktivis haiwan dan protes dari pasukan kebajikan haiwan.



Nampaknya warna-warni katak biasa tidak cukup menarik untuk beberapa orang, sehingga mereka memutuskan untuk menambah dan mengubah warna yang sudah Rekabentuk Sang Pencipta Alam, melalui teknologi moden.

Menggunakan pelbagai peranti dan teknik, termasuk laser dan mengebom amfibia ini dengan sejumlah besar bahan kimia industri yang diserap oleh kulit katak-katak tersebut.

Mereka menjadikan apa yang dikenali sebagai katak berwarna. Warna-warna yang cerah dan nampaknya bertahan sampai 4-5 tahun.




Permintaan sangat tinggi untuk hiasan akuarium dan kolam di seluruh negeri. Beberapa bahkan membelinya sebagai haiwan kesayangan buat anak-anak mereka, dan penjual mengatakan, "Katak - katak ini punya warna-warna cerah kerana mereka begitu ceria".


Padahal beberapa dari mereka memahami bahawa dos tinggi bahan kimia boleh mematikan, sehingga penjual pun melampirkan tulisan pada bungkus katak-katak ini, "Tidak untuk konsumsi manusia".


Para pakar mengatakan beribu-ribu katak tropika boleh mati akibat dari trend pewarnaan katak-katak hidup ini.