Saya membayangkan usia para model tidak akan lebih dari 40 tahun untuk tetap selalu berpenampilan cantik. Ternyata saya salah!

Adalah seorang nenek, Daphne Selfe yang diusianya yang ke 82 tahun tetap berjaya dalam kariernya menjadi model papan atas (sumber: odditycentral.com)
Nenek Daphne memulakan kerjaya modeling sejak 1950 ketika usianya 20 tahun. Ketika itu dia memenangi sebuah pertandingan tempatan yang diadakan oleh sebuah department store di kota Reading, Inggeris.
Sejak itu kariernya mula merangkak ke atas; memulakan debutnya sebagai model pengeluar pakaian dan pakaian kulit di kotanya hingga akhirnya berkahwin dengan seorang usahawan pakaian cukup berjaya. Sayangnya sang suami tidak mengizinkannya lagi untuk meneruskan kegiatan modeling secara langsung, tapi dilantik sebagai penasihat di syarikat garmennya.
Setahun setelah suaminya meninggal, 1999, seorang agen menghubunginya untuk tampil pada acara London Fashion Week. "Pada mulanya saya menganggap ini sebuah lelucon, yang lebih kearah pengejekan," kata Daphne. "Mana mungkin Model 1 (sebuah agensi modeling cukup besar di Inggeris) memerlukan tenaga tua seperti saya." Walaupun setengah hati, toh Daphne meng'iya'kan tawaran ini.





Ternyata sejak penampilannya di London Fashion Week, tawaran kembali muncul. "Ini seperti menulis buku kedua," akhirnya Daphne tidak menyesal telah mengambil keputusan untuk comeback. Tak lama kemudian fotonya muncul di cover majalah Vogue.



Sampai sekarang, nenek yang keturuan Ireland dengan bentuk tubuh sempurna, tulang pipi yang luar biasa dan panjang, serta rambut keputihan ini telah dikontrak oleh syarikat besar seperti Nivea & Olay, Dolce & Gabbana, Vogue dan Marie Claire, dengan pendapatan sehingga $ 1600 satu hari.
Ketika ditanya apakah dirinya tidak kesulitan bersaing dengan model brondong, si nenek ini mengatakan bahawa dirinya sangat beruntung kerana merasa tidak mempunyai saingan sama sekali. Tidak ada model seusia dirinya. Justeru yang muda-muda yang kadang-kadang 'jelous' dengan kewujudan dirinya sekarang.
"Saya tidak pernah operasi plastik untuk memperbaiki anggota tubuh saya, semuanya alami," Daphne membahagi resep tetap bugarnya. "Rajin yoga, makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar, makan ikan dan banyak minum air merupakan keharusan saya untuk menjadi sihat.
Memang betul! Cantik tidak hanya berlaku bagi yang muda saja! Andaii'kan oma saya mau ikut model ...