Kebanyakan lelaki sudah tahu mengenai hal-hal ini, tapi tidak melakukannya kerana wanita tidak menyedari betapa penting hal-hal kecil itu, bagi wanita. Lelaki benar-benar yakin bahawa hal-hal kecil itu tidak penting berbanding dengan hal-hal besar yang dilakukannya bagi pasangannya.

Pada awal hubungan, lelaki mungkin melakukan hal-hal kecil itu. Tapi setelah satu-dua kali, ia berhenti. Karena suatu naluri misteri, mereka mulai memusatkan tenaga untuk melakukan satu perkara besar bagi pasangannya. Mereka kemudian lupa melakukan segala hal kecil yang diperlukan untuk wanita merasa puas dalam hubungan itu. Untuk memuaskan wanita, lelaki harus memahami bahawa wanita perlu merasa disayang dan disokong. Lantas, kelakuan lelaki yang bagaimana agar seorang wanita merasa disayang dan disokong? Ini ini John Gray, Ph.D, memaparkannya melalui bukunya Men are from Mars, Women are from Venus.


1. Setibanya di rumah, carilah dia terlebih dahulu sebelum melakukan hal-hal lain, dan peluklah dia.
2. Tanya soalan-soalan khusus mengenai hari-harinya, yang menunjukkan kesedaran mengenai apa yang ingin dilakukannya (misalnya, "Bagaimana janji konsultasimu dengan doktor itu?").
3. Berlatihlah mendengar dan mengajukan soalan.
4. Tahan godaan untuk menyelesaikan masalah-masalahnya. Sebaliknya, ikutlah merasakan.
5. Berilah dia perhatian penuh selama 20 minit (jangan membaca akhbar atau memperlihatkan hal lain selama waktu tersebut).
6. Bawakan dia bunga-bunga potong sebagai kejutan yang tidak mahupun pada kesempatan-kesempatan istimewa.
7. Rencanakanlah kencan beberapa hari sebelumnya, jangan menunggu sampal malam Sabtu dan bertanya padanya apa yang ingin dilakukannya.
8. Kalau ia biasanya menyiapkan makan malam atau tiba gilirannya. Dan nampaknya ia lelah atau sangat sibuk, tawarkanlah untuk menyiapkan makan malam.
9. Pujilah dia atas penampilannya.
10. Hargai perasaan-perasaannya jika ia marah.
11. Tawarkan bantuan padanya bila ia keletihan.
12. Jadwalkanlah tambahan masa semasa berpergian agar ia tidak perlu tergesa-gesa.
13. Kalau anda akan pulang terlambat, hubungi dia dan beritahukan padanya.
14. Jika ia minta sokongan, katakan ya atau tidak tanpa membuatnya merasa bersalah kerana meminta sokongan itu.
15. Jika perasaannya terluka, tunjukkan simpati anda dan katakan padanya "Aku menyesal kau tersinggung." Kemudian diamlah; biarkan ia merasakan bahawa anda memahami rasa sakit hatinya. Jangan menawarkan penyelesaian atau penjelasan mengapa luka hatinya bukan merupakan kesalahan anda.
16. Jika anda merasa harus menarik diri, beritahukanlah padanya bahawa anda akan kembali. Atau bahawa anda perlu masa untuk merenungkan segalanya.
17. Kalau anda sudah tenang dan muncuk kembali, bercakaplah apa yang merisaukan anda dengan penuh rasa hormat. Bukan dengan cara menyalahkannya. Agar ia tidak membayangkan yang terburuk.
18. Tawarkanlah untuk membuat api di musim sejuk.
19. Bila ia bercakap dengan anda, taruhlah surat khabar atau matikanlah televisyen dan berilah dia perhatian anda sepenuhnya.
20. Kalau ia biasanya mencuci pinggan, sesekali tawarkanlah bantuan. Terutama bila ia keletihan hari itu


cotatua:perempuan bukan berfikiran cetek,tetapi itu anugerah