Terbangnya angkasawan Yuri Gagarin ke angkasa pada 12 April 1961 memulakan misi panjang manusia menembusi langit. Gagarin mengorbit selama 108 minit sekaligus melambungkan keinginan manusia untuk menakluk luar angkasa.
Selama 50 tahun sejarah pelayaran luar angkasa, manusia telah menorehkan berbagai rekod. Ini rekod-rekod tersebut.
John Glenn Manusia tertua di luar angkasa

John Glenn
Senator Amerika Syarikat, John Glenn, berusia 77 tahun ketika pesawat ulang-alik Discovery mengantarkannya ke orbit pada tahun 1998. Glen juga memegang rekod sebagai orang Amerika Syarikat pertama yang berada di orbit saat ia terbang selama 88 minit pada tahun 1962.
Manusia termuda di angkasa

Gherman Titov
Angkasawan Soviet Union, Gherman Titov, mengorbit di angkasa satu bulan sebelum ulang tahunnya ke-26. Penerbangan tersebut juga menjadikan Titov sebagai orang kedua yang terbang di orbit.

Manusia yang paling lama di ruang angkasa secara berturut-turut

Valery Polyakov
Angkasawan Soviet Union Valery Polyakov menghabiskan masa selama 438 hari secara berturut-turut ketika berada di stesen angkasa Mir semenjak Januari 1994 hingga 1995.
Manusia paling singkat di luar angkasa

Alan Shepard
Alan Shepard pada 5 Mei 1961 mencatatkan diri sebagai manusia paling singkat berada di luar angkasa. Selama penerbangan suborbital, Shepard hanya mengorbit selama 15 minit pada ketinggian 185 kilometer sebelum akhirnya menyentuh Lautan Atlantik. Pada misi berikutnya, Shepard mendarat di permukaan bulan.
Manusia paling jauh dari bumi

James A. Lovell, John L. Swigert dan Fred W. Haise
Rekod manusia yang berada pada jarak terjauh dari bumi adalah awak misi Apollo 13. Pada April 1970, James A. Lovell, John L. Swigert dan Fred W. Haise yang berada di dalam modul melayang sejauh 400.171 kilometer dari bumi.
Manusia mengorbit akhir

Sergei Krikalev
Angkasawan Soviet, Sergei Krikalev, memegang rekod manusia paling lama di luar angakasa. Nota menunjukkan Krikalev mempunyai "jam terbang" selama 803 hari atau hampir 2 tahun 3 bulan di angkasa. Sementara itu pemegang rekod perempuan dengan "jam terbang" yang paling lama di orbit adalah angkasawan Peggy Whitson yang berada di luar angkasa selama 376 hari.
Stesen Angkasa Antarabangsa Wahana paling lama didiami di orbit

Stesen Angkasa Antarabangsa
Rekod ini dipegang oleh stesen angkasa antarabangsa dan akan terus bertambah. Makmal yang merupakan konsortium belasan negara ini ditempati manusia sejak 2 November 2000

Manusia paling lama tinggal di bulan

Harrison Schmitt and Eugene Cernan
Harrison Schmitt dan Eugene Cernan tinggal selama 75 jam atau hampir tiga hari di permukaan bulan. Kedua-dua orang angkasawan Amerika Syarikat ini merupakan awak misi Apollo 17.
Manusia terpantas di luar angkasa

 
Cernan, John Young, dan Tom Stafford
Awak misi Apollo 10 terbang pada kelajuan 39.897 kilometer pada jam relatif terhadap bumi dalam perjalanan pulang ke planet asal. Tiga orang angkasawan menjadi awak misi ini iaitu Cernan, John Young, dan Tom Stafford.
 
Penerbangan angkasawan terbanyak

Franklin Chang-Diaz dan Jerry Ross
Rekod ini dipegang oleh dua orang angkasawan Amerika Syarikat iaitu Franklin Chang-Diaz dan Jerry Ross. Kedua-dua orang ini mengorbit sebanyak tujuh kali.
Manusia paling sering melayang di luar angkasa

 
Anatoly Solovyew
Angkasawan Rusia Anatoly Solovyew telah melakukan 16 kali melayang di luar wahana yang mengorbit. Secara keseluruhan, Solovyew berada di luar wahana selama 82 jam. Selama itu pula hidupnya terancam dari serpihan bebatuan angkasa yang berseliweran.
Manusia yang paling lama melayang di luar angkasa
Jim Voss dan Susan Helms mencatatkan diri sebagai manusia yang paling lama yang melayang di luar wahana dalam sekali penerbangan. Terhitung kedua angkasawan ini melayang bebas selama 8 jam 56 minit di luar pesawat ulang-alik Discovery sembari mempersiapkan kedatangan modul baru untuk stesen angkasa antarabangsa.
Kongkow Manusia terbanyak di luar angkasa
Sebanyak 13 orang berkumpul di stesen angkasa antarabangsa pada tahun 2009. Rekod pada angka keramat ini tak pernah terpecahkan hingga sekarang.
Perempuan terbanyak di luar angkasa

Tracy Caldwell Dyson
Pada April 2010, Tracy Caldwell Dyson belayar ke angkasa untuk bergabung dengan angkasawan Stephanie Wilson dan Dorothu Metcalf-Lindenburger, dan Naoko Yamazaki di dalam stesen angkasa antarabangsa. Perjumpaan empat perempuan ini mencatatkan rekod sebagai kongkow perempuan terbanyak di luar angkasa.
Wahana termahal
Stesen angkasa antarabangsa tercatat sebagai wahana termahal yang pernah dibuat manusia. Makmal ini dibina dengan kos mencapai US $ 100 bilion. Setengah wajib cukai Amerika Syarikat membayar kos tersebut.
Wahana terbesar
Lagi-lagi stesen angkasa antarabangsa yang mencatatkan diri sebagai wahana terbesar di luar angkasa. Wahana ini begitu besar, seukuran dengan lapangan sepak bola. Besarnya wahana ini membuat 13 orang pernah berkumpul di wahana ini. Wahana besar ini juga dapat dilihat dari bumi dengan kecerlangan mampu melampaui tahap kecerlangan planet Venus.kaskus.us