Dalam beberapa tahun ke depan, telefon dan tablet PC bisa dilipat seperti kertas dan boleh disimpan di dalam saku. Saat ini, prototaip peranti ini sudah ada. Macammana rupanya pun aku tak tahu.

 
Pengarah Human Media Lab Roel Vertegaal di Queen's University akan mempamerkan prototaip peranti yang diberi nama PaperPhone itu di persidangan Association of Computing Machinery's Computer Human Interaction di Vancouver pekan depan.

"Ini masa depan. Semuanya akan tampak dan terasa seperti ini lima tahun akan datang," katanya. Komputer ini dapat dilihat,dirasa dan beroperasi seperti kertas kecil yang interaktif, lanjutnya. "Anda boleh berinteraksi dengan cara melipatnya guna mengubahnya menjadi telefon atau lembaran 'kertas' untuk menulis dengan ball pen".

Display PaperPhone merupakan paparan tipis fleksibel berukuran 3,7 inci. Ketika dokumen boleh disimpan di skrin yang lebih besar, pejabat-pejabat tak akan lagi memerlukan kertas atau printer, ungkap Vertegaal.
"Pejabat tanpa kertas akan terwujud. Semuanya boleh disimpan secara digital dan anda boleh terkumpul peranti ini seperti kertas biasa atau meletakkannya di sekitar meja," katanya.

Pengajian filem komputer nipis yang boleh dibengkokkan ini akan diterbitkan di persidangan itu. Selain telefon kertas, Vertegaal juga akan mempamerkan komputer gelang yang disebut Snaplet. Menarik bukan?(cotatua.blogspot.com)