Salah satu pertanyaan terbesar bagi Perisikan Amerika adalah bagaimana cara Osama boleh berkomunikasi dengan Jaringanya Al-Qaeda di seluruh penjuru dunia padahal Osama berada di sebuah tempat perlindungan terpencil yang tidak mempunyai sambungan Internet. Pertanyaan itu akhirnya terjawab selepas peristiwa serangan tempat persembunyian Osama di pinggiran bandar Abbotabad yang disertai dengan kematian Osama bin Laden.
 

Siasat punya siasat, terkantoilah, ternyata selama ini Osama bin Laden menghantar e-mel kepada jaringanya di seluruh dunia dengan cara manual. maksudnya manual adalah di mana beliau menulis mesej di komputer yang ada di tempat persembunyianya secara offline, kemudian mesej itu disimpan di dalam flashdisk dan diberikan kepada syarikat pengangkutan atau kurier, kurir yang sudah dipercayai ini pun kemudian menghantar mesej yang ditulis Osama dengan bentuk e-mel kepada rangkaian Al-Qaeda. Kurier ini menghantar email di warnet yang jaraknya cukup jauh dengan tempat persembunyian Osama bin Laden.


http://2.bp.blogspot.com/_5PE6yTyYzpg/THrNPXyAJKI/AAAAAAAAD0g/o8h1ogj3ohw/s320/osama-bin-laden-1998-thumb.jpg


Selain itu, alamat e-mel yang digunakan juga dibuat mirip dengan e-mel anak-anak muda .contohnya menggunakan bahasa biasa. Sehingga pemerintah yang mengira itu adalah email biasa. Kaedah manual ini juga berlaku saat Osama menerima mesej balasan, iaitu kurier memberikan flashdisk kepada Osama dan kemudian Osama membacanya di komputernya di Abottabad secara offline.

Hal ini terbukti setelah ditemukannya ratusan Flashdisk di tempat persembunyian Osama. Pihak Perisikan Amerika mengatakan bahawa data-data yang disimpan di dalam Flashdisk itu akan membantu Amerika untuk memutus rantai keganasan di dunia.
cotatua: geniusnya