Pertandingan ratu cantik di Arab Saudi? Ia mungkin kedengaran aneh,
tetapi benar berlaku dan disertai wanita negara itu, bersama panel hakim
untuk menghakimi peserta dan dua naib juara.
Selamat datang ke
acara tahunan kali ketiga pertandingan ratu cantik Arab ‘Ratu Etika’ ,
di mana wanita yang menang tidak dinobatkan berdasarkan paras rupa,
ukuran badan atau kecantikan fizikal, tetapi pada ‘etika’ beliau.
Tema pertandingan ratu cantik tahun ini ialah "etika saya, identiti
saya". Pertandingan diadakan Isnin lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di
wilayah Timur Qatif.
Pemenang, Maram Zaki al-Saif, dipilih sebagai ‘Ratu Etika’
Arab selepas hakim terpegun dengan aksi beliau yang penuh dengan
kesopanan dan kesusilaan.
Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’,
Saif turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal
(RM8,153), ujar akhbar tempatan harian, Sharq.
Ratu yang berasal
dari kepulauan Tarout di Arab Saudi ini adalah antara lima finalis
yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta,
berumur antara 16 dan 24 tahun.
Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari
rantau Al-Ahsa Arab Saudi dinobatkan naib johan manakala Fatema Saeed Al
Baik, 23, dari Al Qatif naib juara kedua.
Selain etika peserta
dan tingkah laku yang baik, pengarah eksekutif pertandingan Khadra'a Al
Mubarak berkata kriteria pemilihan pemenang turut dinilai daripada segi
karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan
kemahiran literasi, lapor akhbar Sharq.
Ratu etika perlu
menjawab dua soalan utama, yang ditujukan kepada semua lima finalis.
Soalan-soalan adalah: Apakah makna sekiranya anda layak merangkul
gelaran pemenang? Apakah yang akan anda sumbang kepada gelaran itu?
Al
Saif berkata, kemenangan akan menggalakkan beliau untuk mencapai
cita-cita dan matlamat beliau, di samping menjadi sumber inspirasi
kepada rakan senegara untuk mempercayai dalam keupayaan mereka untuk
membentuk perubahan dalam masyarakat secara keseluruhannya. Beliau juga
menyatakan keinginannya untuk mewujudkan projek pemulihan vokasional
bagi orang kurang upaya yang akan dapat membantu mereka mencari peluang
pekerjaan sesuai.
Acara pelancaran itu dihadiri oleh selebriti wanita, dan beberapa tokoh media, bersama-sama ibu peserta.
billy